Thursday, October 7, 2010

Teater Muzikal Tun Mahathir

Salam kepada semua pembaca,




Semalam saya telah berkesempatan mengunjungi Istana Budaya untuk menonton teater muzikal pertama mengenai Tun Mahathir Mohammad. Walaupun tiket dibeli pada saat-saat akhir namun Alhamdulillah kami telah berjaya mendapat tempat. Ia bermula pada pukul 8.30 malam dan berakhir pada 12.00 tengah malam. Tun Mahathir telah banyak berjasa kepada rakyat Malaysia. Kita sewajarnya mengambil nasihat daripada Tun untuk mengubah perangai dan tingkah laku sejajar dengan ajaran agama Islam supaya dapat membantu memartabatkan  bangsa, agama dan negara. Tun Mahathir selalu mengingatkan kita bahawa bangsa Melayu merupakan suatu bangsa yang berjaya kerana dahulu bangsa Melayu selalu merasa rendah diri. Namun bila telah berjaya sedikit, mereka lupa diri lalu melupakan jasa-jasa Tun Mahathir. Beginikah kita membalas jasa beliau?



Saya ingin mengupas lebih banyak lagi namun masa kurang mengizinkan. Saya akan menambah lagi isi dimasa yang lain. Sementara itu, silalah lihat gambar-gambar yang sempat saya rakam di Istana budaya:


Wednesday, October 6, 2010

Diari Ramadhan

Kawan-kawan dari BH yang melawat saya di HKL Ramadhan 1431H
Di awal Ramadhan 1431H yang lalu, saya telah mengalami angin ahmar tanpa diduga. Selepas solat Isyak pada malam terawikh pertama saya mula berasa tidak sedap badan dan sakit dada. Mungkin serangan jantung, lalu saya memberi isyarat kepada anak saya untuk pulang ke rumah. Selepas saya makan ubat, saya kembali semula ke masjid untuk meneruskan solat terawikh. Saya tidak mahu ketinggalan menunaikan solat terawikh malam itu. Selesai 8 rakaat, saya mengajak anak saya pulang. Ketika sedang menonton televisyen dirumah tiba-tiba saya melorot kebawah dan terbalik. Badan sebelah kanan saya terasa lemah dan tidak berfungsi. Mujur ada anak-anak yang membantu dan membawa ke IJN dan kemudian ke HKL. Saya sangat berterima kasih kepada kawan-kawan, saudara-mara serta sahabat handai yang telah melawat saya.