Sunday, June 21, 2015

Sajak dan Aku

Aku sangat menggemari sastera sedari dialam persekolahan lagi. Mungkin kerana itulah aku cenderung untuk terjun ke alam penulisan. Diawal pembabitan cita-citaku ini ditentang oleh saudara-mara kerana pada masa itu ia adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai bagi anak kampung sepertiku. Lagi pula kerjaya profesional lain dianggap lebih memberikan jaminan masa depan berbanding kerjaya didalam bidang penulisan. Perjalanan memburu cita-cita aku ini diabadikan didalam buku Dari Kodiang Ke Jalan Riong. 

Antara  usaha aku untuk meluahkan isi hati dalam bentuk penulisan ialah dengan mengarang sajak. Tidak kusangka sajakku yang pernah disiarkan dalam Berita Harian pada tahun 60-an dimuat-naik oleh Lee Kong Chian, National Library Singapore. Antara sajaknya ialah seperti berikut:

8 Jun 1966, Berita Harian Singapura 

9 Februari 1966, Berita Harian Singapura

12 Mei 1965, Berita Harian Singapura

Tuesday, June 16, 2015

Ramadhan menjelma lagi...

Alhamdulillah sehingga ke saat ini kita masih lagi diizinkanNya untuk berada didalam jasad ini dan menikmati dunia yang fana ini. Semoga Allah membenarkan kita melangkah ke dalam Ramadhan, mengutip rahmatNya, meraih maghfirahNya dan menghindari diri daripada api neraka kelak. Dunia ini sudah sampai ke tahap mualnya. Mual dengan dosa-dosa si pendosa, mual dengan maksiatnya, mual dengan perbalahan, mual dengan amarahnya dan taubat yang tidak kesampaian. Lalu disana-sini, bermacam cara ia meluahkan isi perutnya sebagai melantunkan protesnya terhadap kekufuran manusia. Lalu semoga ramadhan kali ini dapat meredakan kekalutan dunia dan kemurkaan Allah SWT. Didalam artikel yang singkat ini marilah kita sama-sama merenungi dalam diri dan bertanya nikmat Tuhan yang manakah yang kita dustai? Kita banyak menuding jari situ dan sini, sana dan sinun akan kesalahan orang lain yang menyebabkan bala bencana atau mala petaka. Maka marilah kita menuding diri sendiri pula dan tanya apakah kesalahan kita sehingga masyarakat menjadi begini dan begitu, kita dikurniakan pemimpin begini dan begitu... Nikmat yang didepan mata dan yang sedang digunakan pon kita tak hargai dan kenangi. Percayalah bila anda sakit baru anda tahu betapa nak gerakkan jari, daya untuk bangun duduk, mengalihkan badan, mengangkat kepala, telan air liur, kelip kelopak mata itu suatu nikmat yang besar dan indah. Hatta maaf cakap, buang air pon begitu. Namun sebagai orang yang beriman, nikmat iman dan Islam lah yang paling besar. Maka marilah kita bersyukur sebanyak-banyaknya. Mohon maaf atas segala kekhilafan yang pernah dilakukan, semoga Ramadhan ini memberikan hadiah terindaha dipagi Syawal nanti

Akhir kalam, terima kasih banyak kepada kawan-kawan dan saudara mara yang selalu ingat mendoakan dan menziarahi saya sebatang pena yang usang ini. Semoga Allah merahmati kalian semua. Amin.

Sewaktu Abu Bakar Atan TV3 datang menziarahi bersama rakan-rakan lain




Selamat Hari Raya 2011

Alhamdulillah... Sekali lagi aku diberi kesempatan untuk mengerjakan ibadah puasa dibulan Ramadhan dan diberi peluang untuk meraikan kemenangan Aidilfitri juga. Hari raya kali ini aku berkesempatan pulang ke kampung halaman di Kodiang, Kefedah. Rindu sekali aku pada angin sepoi-sepoi bahasa dibendang, pagi yang diliputi kabus, Gunung Kerbau yang lama sudah kutinggalkan.... Pekan Koding sudah banyak berubah, cuma lokasi kedai pasembor kegemaranku masih ditempat lama :) Malas menaip panjang, kalian tataplah sekeping dua gambar kenang-kenangan dariku sempena Hari Raya 1432H



Bersama anak-anak dan isteri di Pantai Johor, 

                                       
Dirumah anak menakanku, Faridah Salim
                                       
Bersama anak menakan dan cucu menakanku di Pantai Johor
Jom kita ke Kodiang

rindu pada kehijauan

Kodiang tanah tumpah darahku

Menuju Kodiang

Bersama anak dan anak penakan

Melayan cucu 

Maaflah senget

Sewaktu menerima hadiah tadarus daripada Imam Masjid Putra

Mencuba hidangan pedas di Danok

Di Danok membeli belah bersama anak

Friday, November 5, 2010

Banjir Kedah 2010

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita air bah di utara tanah air. Saya ingin menyampaikan ucapan takziah saya terhadap mangsa banjir serta rakan-rakan kita yang ditimpa musibah. Semoga tabah menghadapi ujian dari Allah SWT.

Thursday, October 7, 2010

Teater Muzikal Tun Mahathir

Salam kepada semua pembaca,




Semalam saya telah berkesempatan mengunjungi Istana Budaya untuk menonton teater muzikal pertama mengenai Tun Mahathir Mohammad. Walaupun tiket dibeli pada saat-saat akhir namun Alhamdulillah kami telah berjaya mendapat tempat. Ia bermula pada pukul 8.30 malam dan berakhir pada 12.00 tengah malam. Tun Mahathir telah banyak berjasa kepada rakyat Malaysia. Kita sewajarnya mengambil nasihat daripada Tun untuk mengubah perangai dan tingkah laku sejajar dengan ajaran agama Islam supaya dapat membantu memartabatkan  bangsa, agama dan negara. Tun Mahathir selalu mengingatkan kita bahawa bangsa Melayu merupakan suatu bangsa yang berjaya kerana dahulu bangsa Melayu selalu merasa rendah diri. Namun bila telah berjaya sedikit, mereka lupa diri lalu melupakan jasa-jasa Tun Mahathir. Beginikah kita membalas jasa beliau?



Saya ingin mengupas lebih banyak lagi namun masa kurang mengizinkan. Saya akan menambah lagi isi dimasa yang lain. Sementara itu, silalah lihat gambar-gambar yang sempat saya rakam di Istana budaya:


Wednesday, October 6, 2010

Diari Ramadhan

Kawan-kawan dari BH yang melawat saya di HKL Ramadhan 1431H
Di awal Ramadhan 1431H yang lalu, saya telah mengalami angin ahmar tanpa diduga. Selepas solat Isyak pada malam terawikh pertama saya mula berasa tidak sedap badan dan sakit dada. Mungkin serangan jantung, lalu saya memberi isyarat kepada anak saya untuk pulang ke rumah. Selepas saya makan ubat, saya kembali semula ke masjid untuk meneruskan solat terawikh. Saya tidak mahu ketinggalan menunaikan solat terawikh malam itu. Selesai 8 rakaat, saya mengajak anak saya pulang. Ketika sedang menonton televisyen dirumah tiba-tiba saya melorot kebawah dan terbalik. Badan sebelah kanan saya terasa lemah dan tidak berfungsi. Mujur ada anak-anak yang membantu dan membawa ke IJN dan kemudian ke HKL. Saya sangat berterima kasih kepada kawan-kawan, saudara-mara serta sahabat handai yang telah melawat saya.

Saturday, September 18, 2010

Imbauan kenangan lama

Menerima anugerah Kewartawanan Kajai pada 1990 dan pada ketika itu saudara Aziz Desa menjadi juruacaranya


Bersama guru saya, En. Zainal Abidin bin Haji Alias, (ZABHA)

Dari kiri: Tajuddin Saman, Datuk Abd Latiff Abu Bakar, saudara Rahim Abdullah (pengarang  sastera Berita Harian dibelakang Datuk Abdul Latiff), Datuk Ismail Hussain, Dato' Abdullah Hussain (duduk kanan sekali) di Rumah GAPENA 
Menerima anugerah kewartawanan bagi pihak rakan daripada Tun Dr. Mahathir
Wartawan koresponden di Sungai Petani 1980-1991
Allahyarham Zainal Abidin Haji Ahmad, ZABHA, bekas pengarang Utusan Melayu.